Isnin, 9 April 2012
Selasa, 27 Mac 2012
MUKADDIMAH
Anak-anak adalah permata ibu bapa,
Menggilapnya tidak semudah yang disangka,
Anak-anak umpama kain putih,
warnailah mereka dengan warna-warna
yang disukai Allah SWT.
Anak-anak pada usia empat hingga enam tahun akan mula untuk belajar mengenal alam dan di sekelilingnya. Peroalan menjadi bahan makanan kanak-kanak terutama tentang objek-objek yang dilihatnya. Jika menjawap soalannya perlulah terapkan juga kefahaman tentang kekuasaan Allah SWT yang maha pencipta.
Kebiasaanya kanak- kanak akan bertanyakan soalan-soalan yang kita tidak jangka. Jadi bersedialah untuk menjawap, kerana itu ilmu itu sentiasa di cari.
Contoh Soalan:-
1) Kereta siapa yang ciptakan?
jawapan : Manusia yang ciptakan.
2) Pokok siapa yang ciptakan?
jawapan : Allah yang ciptakan.
3) Awan siapa ciptakan?
jawapan : Allah yang ciptakan.
4) Bukit siapa ciptakan?
jawapan : Allah yang ciptakan.
5) Batu siapa ciptakan?
jawapan : Allah yang ciptakan.
6) Jalan siapa yang ciptakan?
jawapan : Manusia yang ciptakan, tetapi jalan diperbuat daripada batu dan batu Allah yang ciptakan.
7) Siapa ciptakan Allah?
jawapan : Allah tidak ada siapa yang ciptakannya, tapi Allah yang ciptakan semua benda.
8) Macam mana Allah ciptakan sesuatu benda?
jawapan : Contohnya Allah nak jadikan awan mendung, lalu Allah menyebut JADILAH..dan awan mendung pun ada.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakn kepadanya : 'jadilah'. Lalu jadilah ia." (Al-Baqarah 2: 117)
Isnin, 26 Mac 2012
Ahad, 25 Mac 2012
BELAJAR MELALUI BERCERITA
TAJUK : KAMBING DAN ALAT TENUN
TAJUK : KAMBING DAN ALAT TENUN
Imam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia berkata: Ada seorang lelaki yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. Dia bercerita: Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata kepada diriku: Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk aku bawa kembali bersamaku?! Aku pun pergi kepada Rasulullah SAW untuk bertanya sesuatu, lalu Beliau menunjuki arah sebuah rumah, katanya: Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat kedua belah tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan, katanya:
"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan jaminan bahawa
siapa yang keluar berjihad pada jalanmu, Engkau akan pelihara harta bendanya,
dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing, dan alat tenunanku. jadi aku
minta ganti kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!"
Rasulullah SAW terus menceritakan betapa sungguh-sungguhnya dia berdoa dan memohon kepada Tuhannya, sehingga pada esok harinya dia mendapati di pintu rumahnya kambingnya yang hilang itu dengan seekor kambing lagi bersamanya. Begitu juga dia melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu alat tenun yang lain. Itulah ceritanya, kata Rasulullah SAW dan jika engkau mahu, pergilah kepadanya di rumah itu, dan tanyalah dia cerita itu! "Tidak", jawabku, "akan tetapi aku percaya semua yang engkau katakan itu!" (Majma'uz-Zawaid 5:277)
SAYANGI HAIWAN
Sebagai peringatan sesama kita, janganlah kita menyeksa atau membunuh binatang dengan sesuka hati kita kerana mereka juga ingin hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Sedangkan haiwan menyayangi anak mereka.
- => Ibu kucing menjilat anak-anak itu, dengan harapan ia dapat memulihkan mereka.
=> Elakkan membunuh haiwan dan sayangilah haiwan.
=> Pernah sahabat Rasulullah bertanya: “Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?
Jawab Rasulullah s.a.w: “Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala.” (Riwayat Muslim)
=> Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah.” (Riwayat al-Bukhaari)
Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim). sumber : mukmin
Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan
Allah.=> Lihatlah firman Allah kepada lebah yang bermaksud: Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan
di pokok-pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl: 68).=> Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat hingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok, dalam hutan dan di tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia.
=>Allah juga berkuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan.=> Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml: 18).
=> Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka (al-Israk: 44)
=> Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Nur: 41).
Panduan menyaring bahan pengajaran
UTAMAKAN KEWUJUDAN UNSUR tempatan serumpun dan penghayatan beragama (islam).
Pilih bahan yang menonjolkan aspek budaya lembut, halus, berbudi bahasa dan kasih sayang serta beradab sopan.
Utamakan unsur pengajaran yang menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar (jahat)
Elakkan daripada elemen yang bersifat perkauman, menghina agama, bangsa dan warna kulit.
Elakkan penggunaan bahasa yang mencarut, bongkak, kurang ajar, mencabar kekuasaan Tuhan, syirik dan lain-lain.
Elakkan perlakuan watak yang ganas, tidak berbudi bahasa dan lucah.
Elakkan gambar yang memaparkan imej yang menjolok mata.
Elakkan ABM yang boleh menjejaskan aqidah atau bertentangan dengan syariat.
Rabu, 21 Mac 2012
Ahad, 26 Februari 2012
ILMU
Assalammualaikum...
Dalam kehidupan kita tidak kira di mana sahaja kita pergi pasti ada kaitan dengan ilmu...seperti pertuturan percakapan dengan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Cth,manusia : berkomunikasi dengan saudara mara @ rakan..
Cth,tumbuhan : manusia berkomunikasi dengan pokok tanaman..
Cth, haiwan ; manusia berkomunikasi dengan kucing,burung dan lain-lain..
Bertapa pentingnya untuk menjaga pertuturan? anda pun pasti tahukan..Jadi berhati-hatilah supaya manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan tidak berkecil hati.. :) senyum selalu.. Z <3
Dalam kehidupan kita tidak kira di mana sahaja kita pergi pasti ada kaitan dengan ilmu...seperti pertuturan percakapan dengan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Cth,manusia : berkomunikasi dengan saudara mara @ rakan..
Cth,tumbuhan : manusia berkomunikasi dengan pokok tanaman..
Cth, haiwan ; manusia berkomunikasi dengan kucing,burung dan lain-lain..
Bertapa pentingnya untuk menjaga pertuturan? anda pun pasti tahukan..Jadi berhati-hatilah supaya manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan tidak berkecil hati.. :) senyum selalu.. Z <3
Langgan:
Catatan (Atom)






