SAYANGI HAIWAN
Sebagai peringatan sesama kita, janganlah kita menyeksa atau membunuh binatang dengan sesuka hati kita kerana mereka juga ingin hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Sedangkan haiwan menyayangi anak mereka.
- => Ibu kucing menjilat anak-anak itu, dengan harapan ia dapat memulihkan mereka.
=> Elakkan membunuh haiwan dan sayangilah haiwan.
=> Pernah sahabat Rasulullah bertanya: “Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?
Jawab Rasulullah s.a.w: “Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala.” (Riwayat Muslim)
=> Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah.” (Riwayat al-Bukhaari)
Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim). sumber : mukmin
Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan
Allah.=> Lihatlah firman Allah kepada lebah yang bermaksud: Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan
di pokok-pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl: 68).=> Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat hingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok, dalam hutan dan di tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia.
=>Allah juga berkuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan.=> Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml: 18).
=> Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka (al-Israk: 44)
=> Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Nur: 41).


Sayangi Haiwan, Jauhi penyeksaan..
BalasPadam